Pages

Tuesday 16 April 2013

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI




1. TAJUK :

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI

2. PENDAHULUAN

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai keunikan dalam penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kebanyakan negara hanya mempunyai beberapa pasukan Badan Beruniform di sekolah, sebagai contohnya Indonesia yang hanya mempunyai satu pasukan Badan Beruniform iaitu Pramuka ( Pengakap )

Di Malaysia, terdapat pelbagai pasukan Badan Beruniform yang ditubuhkan dan dijalankan di sekolah- sekolah samada sekolah menengah atau rendah. Murid-murid samada sekolah menengah atau rendah dikehendaki menyertai aktiviti kokurikulum antaranya Pasukan Badan Beruniform, selain itu murid-murid juga menyertai salah satu aktiviti persatuan dan kelab serta sukan/permainan yang terdapat di sekolah. 

Salah satu cara untuk mencapai matlamat-matlamat pendidikan adalah melalui gerak kerja kokurikulum merupakan. Menurut laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran pada tahun 1979 dengan jelas menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum ini adalah penting un tuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ‘esprit de corps’ di anatara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan. 

Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab, kegiatan ini juga boleh mewlatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. ( Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989 )

3. DEFINISI KOKURIKULUM
 
Kokurikulum adalah ’kegiatan kumpulan’ seperti mana yang termaktub dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh 28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956).
’Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998)
Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan lain-lain ( Kamus Dewan,Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka (2002)
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. ( Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992).
Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak formal. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 ).
Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.( Ramlan Abd. Wahab,2002)
Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaan sebenar. ( Ramlan Abd. Wahab,2002)
Badan Beruniform merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah, ini adalah berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan dengan jelas mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
Definisi badan beruniform pula adalah satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi.
4. PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH
Jenis pasukan badan beruniform yang ada di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :
i. pasukan badan beruniform agensi kerajaan
ii. pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan
iii. pasukan badan beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia
iv. pasukan badan beruniform yang diluluskan oleh pendaftar
Pasukan badan beruniform agensi kerajaan terdiri daripada pasukan-pasukan yang ditubuhkan di sekolah dan mempunyai badan induk yang merupakan agensi kerajaan. Pasukan Badan Beruniform ini hanya ditubuhkan di sekolah menengah sahaja kerana sebahagian besarnya mempunyai syarat had umur untuk menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada :
i. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat ( PKBM Darat )
ii. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut ( PKBM Laut )
iii. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara ( PKBM Udara)
iv. Paukan Kor Kadet Polis
v. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
vi. Pasukan Kadet Pertahanan Awam
vii. Pasukan Kadet Koreksional
Pasukan Badan Beruniform agensi bukan kerajaan pula merupakan pasukan badan beruniform yang mempunyai badan induknya yang merupakan pertubuhan agensi bukan kerajaan ( NGO ), pasukan- pasukan ini terdiri daripada :
i. Persekutuan Pengakap Malaysia
ii. Bulan Sabit Merah Malaysia
iii. Persatuan Pandu Puteri
iv. Pergerakan Puteri Islam
v. Persatuan St. John Ambulans
Pasukan Badan Beruniform ini ditubuhkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah.
Sementara Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah pasukan badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Pasukan tersebut terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) yang ditubuhkan untuk murid-murid sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan untuk murid-murid sekolah rendah.
Selain daripada tiga kategori di atas terdapat juga pasukan badan beruniform yang dikategorikan sebagai pasukan yang diluluskan oleh pendaftar. Antaranya adalah pasukan pancaragam yang ditubuhkan di sekolah serta Seni Bela Diri seperti Taekwondo, Wushu, Judo, Seni Silat, Karate, Silamban dll. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97)
PERUNTUKAN MASA UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH:
Peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum termasuk aktiviti pasukan badan beruniform di sekolah seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti jadual yang tertera di bawah :
6.1 Sekolah Menengah
Tingkatan
Aliran
Peruntukan Masa
Peralihan, 1,2, 3 & 6
180 minit seminggu
4 & 5
Sastera
180 minit seminggu
SRT
180 minit seminggu
Perdagangan
180 minit seminggu
Sains
140 minit seminggu
Pertanian
140 minit seminggu
Teknik
100 minit seminggu

6.2 Sekolah Rendah

Tahun
Peruntukan Masa
3 dan 4
60 minit seminggu
5 dan 6
120 minit seminggu
7. PENUBUHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH
Sekolah-sekolah yang ingin menubuhkan pasukan badan beruniform samada pasukan badan beruniform agensi kerajaan atau bukan kerajaan atau pasukan badan beruniform Kadet Remaja Sekolah perlulah mengikut prosedur-prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Prosedur tetap penubuhan samada persatuan atau kelab atau pasukan badan beruniform di sekolah adalah mengikut kaedah seperti berikut :
7.1 Mesyuarat penaja.
7.2 Surat permohonan penubuhan dari Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru Pemimpin/Penasihat Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar
7.3 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru Pemimpin/Penasihat.
7.4 Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan dari Setiausaha Persatuan melalui Guru Penasihat/Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
7.5 Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan
7.6 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan
7.7 Senarai Aktiviti Utama Persatuan
6.8 Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Setiausaha Persatuan melalui Guru Penasihat/Pemimpin.
7.9 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan.
7.10 Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat.
7.11 Surat penerimaan perlantikan sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Pasukan Badan Beruniform Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
7.12 Surat Penurunan Kuasa daripada Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan melalui Guru Penasihat/Pemimpin.
7.13 Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan .
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009 )
Walaubagaimanapun penubuhan pasukan badan beruniform yang melibatkan agensi luar mempunyai beberapa aliran permohonan yang perlu di patuhi khasnya yang melibatkan pasukan badan beruniform yang badan induknya merupakan agensi kerajaan. Berikut adalah beberapa contoh carta aliran penubuhan beberapa pasukan badan beruniform :
8. PENILAIAN KOKURIKULUM
Penilaian aktiviti kokurikulum murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah beradasarkan kepada empat aspek iaitu: kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan pencapaian. Penilaian ini amat penting bagi murid-murid khasnya bagi mereka yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Sebanyak 10% markah diambil kira untuk kemasukan ke IPTA. ( Sidang Pengarang, 2008 )
Penilaian kegiatan kokurikulum murid boleh merangsangkan murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Murid-murid yang bercita melanjutkan pelajaran ke IPTA, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Aspek-aspek yang diambil kira mempunyai pemberatan markah seperti berikut :
i. Kehadiran - 50 %
ii. Jawatan disandang - 10%
iii. Penglibatan - 20 %
iv. Pencapaian - 20 %
9. SURAT PEKELILING IKTISAS
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan banyak surat-surat pekeliling ikhtisas ( SPI ) bagi tujuan member hebahan, garis panduan dan peraturan serta prosedur dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum termasuk aktiviti pasukan badan beruniform di sekolah. Di bawah disenaraikan nomor rujukan surat pekeliling ikhtisas yang jelas menerangkan tujuan dan maksudnya :
SPI Bil 2/1971 - Rukunegara
SPI Bil 8/1971 - Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah
SPI Bil 10/1976 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/
LCE (termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate
Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III – Garis
Panduan.
SPI Bil. 7/1977 - Pengelolaan Walkathon Di Sekolah-Sekolah
SPI Bil. 8/1978 - Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
SPI Bil. 2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah
SPI Bil. 3/1982 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan
SRP dan SRP/LCE (Sarawak) bagi Murid-murid
Tingkatan III – Garis Panduan
SPI Bil. 7/1983 - Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan
Murid-Murid Sekolah.
SPI Bil. 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan
Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja
Kokurikulum Pelajar.
SPI Bil 3/1986 - Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum ‘Pengenalan
Kepada Komputer’ Dan Kegiatan Kelab Komputer
Sekolah
SPI Bil. 5/1986 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer
Sekolah.
SPI Bil. 1/1988 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Perekacipta
Sekolah.
SPI Bil.3/1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan
Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD).
SPI Bil. 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di
Sekolah.
SPI Bil. 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau
Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau
Badan Induk Sukan.
SPI Bil. 8/1988 - Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
SPI Bil 10/1988 - Senaman Beramai-ramai.
SPI Bil 1/1989 - Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah.
SPI Bil 10/1989 - Aturcara Majlis Rasmi Sekolah.
SPI Bil. 3/1991 - Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara
Sekolah/Institusi Pendidikan.
SPI Bil. 4/1992 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Persatuan Silat
Sekolah.
SPI Bil. 6/1994 - Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan
Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah.
SPI Bil. 1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di
Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 4/1995 - Pelaksanan Kadet Remaja Sekolah (KRS).
SPI Bil. 8/1995 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan
Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan
SPI Bil 9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan
UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.
SPI Bil. 2/1997 - Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai
Pasukan Pakaian Seragam Sekolah
PUP Bil 2/1997 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab/Persatuan
(PS.77280) Taekwando/Seni Mempertahankan Diri.
SPI Bil. 3/1997 - Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar
Dan/Atau Pungutan Wang.
SPI Bil. 5/1998 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di
Bawah Akta Pendidikan 1996.
SPI Bil 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam anjuran agensi kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan.
SPI Bil. 1/1999 - Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan
Bahasa Inggeris Di Sekolah.
SPI Bil. 7/1999 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah
Menengah.
SPI Bil. 8/2000 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer/
Teknologi Maklumat Sekolah.
SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan
kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar
Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Tambahan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan
Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar
Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.
SPI Bil. 13/2000 - Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-
Sekolah.
SPI Bil. 14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
SPI Bil. 17/2000 - Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil. 18/2000 - Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid
Sekolah.
SPI Bil. 20/2000 - Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam
Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil. 5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
SPI Bil. 9/2004 - Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam
Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
10. PASUKAN-PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Di institutsi pengajian tinggi terdapat beberapa pasukan badan beruniform yang ditubuhkan untuk kegiatan atau aktiviti kokurikulum, disamping melatih siswa-siswi agar lebih berdisiplin, mengikut peraturan, mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara ( patrotik ). Kebanyakan pasukan ini ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam, antara pasukan yang ditubuhkan adalah PALAPES, SUKSIS. SISPA. BSSM dan KESATRIA.
PALAPES atau Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965.
Dalam memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, selain untuk melahirkan pegawai simpanan, PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. (wikipedia.org )
Penubuhan SUKSIS atau Kor-Sukarelawan Siswa Polis adalah diilhamkan oleh YAB Dato ' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Penubuhannya di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia diharap dapat membantu melahirkan graduan yang cemerlang yang mematuhi kecekapan sendiri yang berdaya maju, disiplin dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni, dan tinggi harga diri. SUKSIS adalah nama singkatan untuk Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau Police Undergraduate Voluntary Corp.
Pasukan ini merupakan organisasi sukarelawan polis bagi mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Pendedahan akan tugas dan kewajipan polis untuk siswa-siswi yang dipilih ke pasukan ini merupakan objektif utama SUKSIS. Selain itu anggota juga didedahkan peranan dan betapa penting tugasan sebagai pegawai polis. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti pertama di Malaysia yang menubuhkan pasukan ini. Tempoh latihan yang ditetapkan ialah tiga tahun. ( Wikipedia.org.)
SISPA adalah nama singkatan daripada Siswa Siswi Pertahanan Awam. Pasukan ini adalah di bawah badan induknya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Penubuhannya sebagai salah satu kursus kokurikulum atau pasukan badan beruniform adalah bertujuan untuk memperkasakan soft skill di kalangan pelajar serta dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang, kemahiran semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.yang dapat diterapkan melalui badan beruniform SISPA. Pasukan ini juga ada ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Kursus kokurikulum Kor SISPA adalah selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan ia diadakan pada setiap semester. Anggota Kor SISPA yang akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya. Semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran. Semester terakhir ( semester 4 ) SISPA yang berjaya akan mendapat Sijil Tamat SISPA. Mahasiswa-Mahasiwi yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka yang bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda. ( laman web Jabatan Pertahanan Awam)
Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Kerajaan Malaysia mengiktirafkan penubuhannya pada tahun 1957 . Persatuan Palang Merah Antarabangsa pula mengiktirafkannya pada tahun 1963. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSM )ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950 ia ditubuhkan di Pulau Pinang ( negeri yang mula-mula menubuhkannya di Semenanjung Malaysia ) kemudian ia mula berkembang ke negeri-negeri lain pada tahu 1950 an. Pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos1963. Setelah penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia pada 5 September 1975. Badan beruniform ini selain daripada menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah, ia juga merupakan satlah satu aktiviti kokurikulum ( pasukan badan beruniform ) yang dijalankan di Institut Pengajian Tinggi. Badan Beruniform BBSM di Institut Pengajian Tinggi mendukung matlamat untuk menyebarkan ilmu pertolongan cemas kepada setiap individu. Pengetahuan pertolongan cemas dapat memupuk semangat tolong menolong ke arah membentuk masyarakat penyayang, di samping itu, menyediakan para bakal graduan yang mempunyai pendidikan profesional keluar sebagai graduan yang serba boleh. ( Laman web Bulan Sabit Merah Malaysia )
KESATRIA ditubuhkan akibat daripada dua demonstrasi mahasiswa IPT pada akhir tahun 1975. Pada awalnya latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak ramai menyertai. Keadaan ini tidak mencapai objektif penubuhannya. Pada tahun 1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan aktiviti kokurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing. Bakal garduan dibentuk dan diberi pendedahan kepada ciri-ciri kepimpinan dan disiplin yang meliputi aspek rohani, jasmani dan emosi hasil dari latihan intensif. Kesatria mampu dikerah memberi khidmat sosial dalam pelbagai program apabila diperlukan di peringkat dalaman mahupun luaran UiTM.
Aktivitinya menekankan aspek-aspek kemahiran Insaniah yang seimbang iaitu disiplin dan keterampilan diri. Kedua-dua komponen ini akan diterapkan kepada semua pelajar agar mampu menjadi generasi yang mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi, semangat daya saing dan daya juang yang kental dan semangat cintakan negara yang berterusan di samping bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada pemimpin. Ia merangkumi komponen disiplin, pengurusan dan pembinaan diri dan etika sosial di dalam konteks Kesatria Negara yang melaksanakan latihan ala ketenteraan.
Kursus lanjutannya adalah Kesatria Negara II yang merupakan lanjutan Kesatria Negara I. Ia merangkumi tiga komponen utama iaitu disiplin, pembangunan fizikal dan keterampilan diri di samping pembentukan kerohanian. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiwi mengenai berketerampilan diri, aya kepimpinan yang terpuji dan sahsiah yang seimbang dari segi mental, fizikal dan spiritual selaras dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Kesatria Negara III pula adalah kursus lanjutan daripada Kesatria Negara II yang merangkumi tiga komponen utama iaitu disiplin, pembangunan fizikal dan keterampilan diri di samping pembentukan kerohanian. Ianya khusus untuk bakal graduan yang telah ditauliahkan sebagai Komander Kesatria yang mana akan mendedahkan pelajar kepada amalan bagi mewujudkan graduan-graduan yang berketerampilan, mempunyai daya kepimpinan, sahsiah yang seimbang dan seterusnya mempunyai kemahiran insaniah (soft skills) yang boleh dipraktikkan sepanjang masa. ( laman web UiTM )
11. KESIMPULAN
Aktiviti kokurikulum termasuklah pasukan badan beruniform merupakan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia dapat memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari. Melalui aktiviti badan beruniform sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dapat melahirkan insane yang mempunyai pelbagai pengetahuan, disamping perkembangan mental, minat, bakat, jasmani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif.
Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, aktiviti kokurikulum melalui pasukan badan beruniform dapat menyemai kesedaran terhadap agama, kepercayaan kepada tuhan, menyeimbangkan perkembangan mental dan perkembangan JERI. Disamping itu dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan anggota samada di sekolah atau di IPT.
Melalui Badan Beruniform juga akan melahirkan pelajar dan bakal graduan yang berdisiplin, mempunyai semangat juang, jati diri dan cintakan Negara. Selain itu ia dapat membina dan meningkatkan minta dan bakat serta mewujudkan budaya sekolah atau IPT tang menarik dan menggembirakan. Melaluinya juga dapat membina kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat dan mewujudkan sekolah berwatak.
Justeru itu, amatlah wajar kegiatan pasukan badan beruniform dimantapkan, diperluaskan pelaksanaannya samada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi untuk melahirkan generasi yang holistik, kearah mewujudkan masyarakat madani.
10. Rujukan
· Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989,
Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah
· Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1990, Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
· Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum
· Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008, Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah
· Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009, Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah
· Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009, Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah
· Sidang Pengarang, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis Diraja Malaysia,
1998, Buku Pengurusan dan Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah
· Sidang Pengarang, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pertahanan,
1997, Panduan Pengurusan Arahan Pentadbiran dan Latihan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia ( Darat )
· Sidang Pengarang, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, 2010, Panduan Pengurusan Pentadbiran Latihan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara
· Sidang Pengarang, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Panduan Penubuhan Kadet
Bomba dan Penyelamat Malaysia.
· Sidang Pengarang, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kurikulum Kursus Guru
Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia –Asas dan Lanjutan
· Sidang Pengarang, Jabatan Pertahana Awam Malaysia, Kementerian Dalam
Negeri, Buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kadet Pertahanan Awam ( KAPA) Malaysia
· Sidang Pengarang, Jabatan Penjara Malaysia, Modul Latihan Kadet Koreksional
· Ramlan Abd. Wahab, 2002, Dewan Masyarakat, Kerangkraf Publication Sdn.
Bhd.
· Sidang Pengarang, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997, Panduan Penubuhan
Dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah
· Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 Tambahan No. 2, 1967, Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956.
· Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997, Warta Kerajaan Jilid 42/No.11, Tambahan No. 41,
Perundangan (A)/P.U.(A) 196 ,1998
· Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002
· Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah,
· Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran
· Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, P.U. (A) 531/97.
· Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 , 1967
· Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
· SUKSIS – Wikipedia
· Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://www.civildefence.gov.my
· Bulan Sabit Merah Malaysia
· Universiti Teknologi Mara
http://www.utm.my




0 comments:

Post a Comment