Pages

Saturday 9 March 2013

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM KE IPTA 2013/14

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM KE IPTA 2013/14 

Gambar Hiasan: Aktiviti Kursus Kepimpinan Pasukan Pakaian Seragam dan
 Persatuan/ Kelab SMK Lepar Hilir 2013


Artikel di bawah adalah sebagai kemudan rujukan online. Data di bawah telah disiarkan pada Oktober 2012 di web KPM.


Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STAM dan STPM 2012 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 17 Disember 2012 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2013.

Kepentingan Kokurikulum Di Sekolah

Kepentingan Kokurikulum Di Sekolah



Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. 

Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.


Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. 

Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.