Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday 27 June 2013

Meriahnya Hari Koperasi dan Persatuan Kelab SMK Lepar Hilir Part 1

Meriahnya  Hari Koperasi dan Persatuan Kelab  SMK Lepar Hilir Part 1


Gambar Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
telah mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. 

Sunday 23 June 2013

Karnival Kelab dan Persatuan SMK Lepar Hilir 2013

Sambutan Hari Koperasi dan 
Karnival Kelab dan Persatuan SMK Lepar Hilir 2013


Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
 akan mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. 

Tahniah Atlet SMK Lepar Hilir

Tahniah Atlet SMK Lepar Hilir 
anda telah mengharumkan sekolah




Pada Hari Rabu, 20 Jun 2013, 
Unit Kokurikulum di bawah seliaan Encik Ramly selaku GPK Koko SMK Lepar Hilir telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para pelajar SMK Lepar Hilir yang telah mengharumkan nama sekolah.

 Sijil disampaikan oleh Puan Siti Mariam Baharudin, selaku Pengetua SMK Lepar Hilir.

Tuesday 16 April 2013

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI




1. TAJUK :

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI

2. PENDAHULUAN

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai keunikan dalam penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kebanyakan negara hanya mempunyai beberapa pasukan Badan Beruniform di sekolah, sebagai contohnya Indonesia yang hanya mempunyai satu pasukan Badan Beruniform iaitu Pramuka ( Pengakap )

Di Malaysia, terdapat pelbagai pasukan Badan Beruniform yang ditubuhkan dan dijalankan di sekolah- sekolah samada sekolah menengah atau rendah. Murid-murid samada sekolah menengah atau rendah dikehendaki menyertai aktiviti kokurikulum antaranya Pasukan Badan Beruniform, selain itu murid-murid juga menyertai salah satu aktiviti persatuan dan kelab serta sukan/permainan yang terdapat di sekolah. 

Salah satu cara untuk mencapai matlamat-matlamat pendidikan adalah melalui gerak kerja kokurikulum merupakan. Menurut laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran pada tahun 1979 dengan jelas menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum ini adalah penting un tuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ‘esprit de corps’ di anatara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan. 

Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab, kegiatan ini juga boleh mewlatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. ( Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989 )

3. DEFINISI KOKURIKULUM

Perkhemahan Perdana 2013 SMK Lepar Hilir

Perkhemahan Perdana 2013 SMK Lepar Hilir





Saturday 9 March 2013

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM KE IPTA 2013/14

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM KE IPTA 2013/14 

Gambar Hiasan: Aktiviti Kursus Kepimpinan Pasukan Pakaian Seragam dan
 Persatuan/ Kelab SMK Lepar Hilir 2013


Artikel di bawah adalah sebagai kemudan rujukan online. Data di bawah telah disiarkan pada Oktober 2012 di web KPM.


Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STAM dan STPM 2012 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 17 Disember 2012 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2013.

Kepentingan Kokurikulum Di Sekolah

Kepentingan Kokurikulum Di Sekolah



Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. 

Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.


Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. 

Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.